Tentang Kami
Kami menawarkan perkhidmatan, produk dan alat ganti yang cekap tenaga. Perkhidmatan kami adalah menyeluruh dan teliti selepas mengambil kira setiap aspek dari segi keperluan, kehendak dan masalah unit penyaman udara di kediaman dan pusat-pusat komersial. Kami juga mempunyai pasukan juruteknik yang berkelayakan, berpengalaman dan dinamik yang mampu memberikan perkhidmatan yang baik dalam semua aspek yang diperlukan untuk kediaman dan pejabat anda.
Misi, Visi dan Nilai Teras
Di Coolmaster, misi utama kami adalah untuk menyelesaikan masalah penyaman udara atau penghawa dingin bagi keselesaan pengguna.
Budaya kami berakar umbi dari nilai-nilai teras iaitu kualiti, inovasi dan keselamatan. Nilai-nilai ini adalah tunggak perniagaan kami. Nilai ini menentukan siapa kami dan membimbing setiap keputusan yang kami buat.
Kualiti
- Kualiti adalah faktor penting diambilkira dalam semua kerja yang kami lakukan.
- Kami komited untuk menjalankan satu sistem operasi dan perkhidmatan yang cemerlang.
Prestasi
- Kami sedar pelanggan kami mempunyai pilihan, dan bagaimana kami melaksanakan kerja menentukan keputusan mereka.
- Kami berusaha untuk mewujudkan pertumbuhan berterusan bagi mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami.
- Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti aset, sumber dan segala yang kami lakukan.
Inovasi
- Kami komited dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
- Kami sentaiiasa berusaha menjana idea yang inovatif.
- Kami terus melabur dalam produk, teknologi dan sistem terbaru.
Perkhidmatan pelanggan
- Kami mendengar apa yang diutarakan oleh pelanggan kami dan memberi respons kepada keperluan mereka.
- Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan perniagaan kami terutamanya dari segi proses dan cara kerja.
- Kami komited untuk mencapai kecemerlangan dalam kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.
Peluang kerjaya
- Kami senantiasa mendengar pandangan pekerja kami.
- Kami komited dalam pembangunan pekerja dan pengurusan.
- Kami menyokong dan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat untuk mengembangkan pengetahuan dan keupayaan kami.