Coolmaster Air Conditioning
Di Coolmaster, kami menawarkan perkhidmatan penyaman udara untuk kediaman dan komersial, industri serta premis perniagaan. Untuk setiap kerja dilakukan faktor yang paling kami utamakan adalah kepuasan pelanggan.
Perkhidmatan Penyaman Udara
Tidak kira sama ada anda berada di rumah atau pejabat atau di mana-mana sahaja keselesaan maksimum adalah faktor yang diinginkan oleh semua. Kepakaran kami adalah membantu anda supaya kekal dingin dan selesa sepanjang masa. Kami menawarkan produk dan perkhidmatan yang anda perlukan supaya ruang di rumah atau di pejabat anda menjadi lebih selesa, lebih sihat dan selamat.
Di Coolmaster kami menawarkan perkhidmatan yang maksimum dengan harga yang berdaya saing. Dibina atas profesionalisme, inovasi dan nilai amalan murni , pasukan kami menganggap anda sebahagian daripada keluarga kami. Kami akan bantu anda menyelesaikan masalah penyaman udara di rumah, di pejabat atau di mana sahaja.
Solusi untuk Bisnes
Kami menyediakan perkhidmatan penghawa dingin untuk bisnes dan industri menggunakan pendekatan yang sesuai terutamanya untuk pejabat, restoran, kedai, hotel dan sebagainya.
Solusi untuk Kediaman
Khusus untuk kediaman kami menyediakan perkhidmatan penghawa dingin di mana fokus utama adalah menghasilkan persekitaran yang nyaman lagi selesa.
Servis
Skop Servis Normal
- Mencuci bahagian pemeluwap/condenser (outdoor unit) menggunakan pencuci kimia.
- Mencuci/membersih bahagian kipas/blower fan (indoor unit) menggunakan pencuci kimia.
- Mencuci penapis udara.
- Menambah/melaras tekanan gas
Skop Kerja Cuci Kimia
- Mencuci bahagian pemeluwap/condenser (outdoor unit) menggunakan pencuci kimia.
- Mencuci/membersih bahagian penyejat/evaporator dan kipas/blower fan (indoor unit) menggunakan pencuci kimia.
- Mencuci penapis udara.
- Menambah/melaras tekanan gas
Troubleshoot dan Baik Pulih
Skop Troubleshoot
- Memeriksa keadaan penghawa dingin bagi mengenalpasti punca masalah.
Skop Baik Pulih
- Memeriksa keadaan penghawa dingin bagi mengenalpasti punca masalah.
- Menukar dengan memasang komponen yang bermasalah.
Pemasangan dan Buka
Skop Kerja Pemasangan
- Pemasangan asas termasuk membekalkan saluran paip, copper tube , insulation, dan sambungan wayar dan top plug.
Skop Kerja Buka
- Menyimpan gas di dalam tabung gas atau unit outdoor (pump down)
- Menanggalkan unit indoor dan outdoor
- Menampal semua lubang yang berkaitan
Membekal Unit Penyaman Udara
Kami membekal dan menjual unit penyaman udara untuk kediaman dan industri terutamanya dari jenama terkenal seperti Daikin, York dan Panasonic. Antara jenama yang terdapat adalah seperti berikut:
- York
- Daikin
- Panasonic
- Mitsubishi
- Hitachi
- Sharp
- LG
- Midea
- Haier
- Dsb.
Ciri-ciri Perkhidmatan Kami
- Mementingkan penyelesaian yang kos efektif yang menjimatkan dan cekap tenaga.
- Menganalisis masalah sebelum kerja baik pulih atau servis dilakukan.
- Jaminan perkhidmatan bagi servis, baik pulih. dan pemasangan.
- Menggunakan teknologi dan peralatan terkini dalam kerja-kerja servis, baik pulih dan pemasangan.
- Juruteknik yang mahir dan berpengalaman.
- Kualiti kerja adalah faktor yang kami utamakan demi memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Guide on the site bagi menyelesaikan masalah tertentu.
- Perkhidmatan pasca servis bagi memastikan kawalan dari segi mutu.
- Sentiasa melakukan inovasi bagi memastikan penambaikan berterusan (continuous improvement).
- Sentiasa mengambil kira faktor pemuliharaan alam sekitar terutama dalam kerja-kerja pengendalian gas.
Tempahan Temujanji
Kami amat memahami kesibukan anda dengan tugas harian sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dengan itu kami menggunakan sistem WhasApp untuk memudahkan anda membuat temujanji dengan kami bila-bila masa dan di masa sahaja.
Pelanggan atau Pemegang Taruh
Petronas
Parkson
Global Grandeur Sdn. Bhd.
K Builders PMC Sdn. Bhd.
Etiqa Takaful
Secret Recipe
Royal Baby World
DMJ Care Consultant